Kota Linxia
Kota Linxia

Kota Linxia

Kota Linxia (Cina ringkas: 临夏市; Cina tradisional: 臨夏市; pinyin: Línxià Shì), pernah dikenali sebagai Hezhou (Cina ringkas: 河州; Cina tradisional: 河州; pinyin: HézhōuWade-Giles: Ho-chou), ialah sebuah kota peringkat wilayah di wilayah Gansu, Republik Rakyat China, dan ibukota Wilayah Autonomi Hui Linxia yang berbilang etnik. Ia terletak di lembah Sungai Daxia (cawang sungai kanan Huanghe), 150 km (dari jalan) barat daya ibukota wilayah Lanzhou.[1]Populasi keseluruhan kota Linxia (termasuk kota utama dan beberapa kawasan pedalaman) dianggarkan berjumlah 250,000 orang; yang 58.4% diklasifikasikan sebagai populasi bandar. Menurut kerajaan wilayah, 51.4% daripada populasi kota Linxia tergolong daripada "orang Hui", yakni orang Islam yang bertutur dalam bahasa Cina. Sesetengah kumpulan etnik minoriti lain di Wilayah Linxia seperti orang Dongxiang, Bonan dan orang Salar, tinggal di kota ini.[1]Berkurun lamanya, Hezhou/Linxia menjadi salah satu pusat keagamaan, kebudayaan dan perdagangan yang utama agi masyarakat Islam China, yang mendapat jolokan "Makkah kecil di China".[2][3][4][5][6] Dengan kata-kata ahli etnologi yang bernama Dru Gladney, "Hampir setiap pergerakan Islam utama di China berasal daripada orang Islam yang datang ke Linxia yang menyebarkan ajaran-ajaran baru selepas menziarahi pusat-pusat Islam di Timur Tengah".[3]Ia kekal sebagai pusat utama tarekat sufi Qadiriyyah[7] dan Khufiyya di China;[8] ia juga kampung halaman Ma Mingxin, pengasas tarekat sufi Jahriyya, walaupun "pusat graviti" tarekat itu beralih ke tempat lain sejak itu.

Rujukan

WikiPedia: Kota Linxia http://books.google.com.au/books?id=3leAld7M7p0C http://books.google.com.au/books?id=_hJ9aht6nZQC http://www.lx.gansu.gov.cn/E_ReadNews.asp?NewsID=5... http://www.linxiatravel.cn/traffic.asp http://www.chinalxnet.com/content/2009-11/19/conte... http://www.dalu.com/china/gansu/index37.html http://www.drugladney.com/articles/salafiyya.pdf http://books.google.com/books?id=4_FGPtLEoYQC http://books.google.com/books?id=dA_QbQiZkB4C&pg=P... http://books.google.com/books?id=hUEswLE4SWUC